
Sejak 1980 · Kuala Terengganu
Warisan batik Terengganu, sejak 1980.
Lebih empat dekad melukis batik dengan tangan. Kini kami reka corak eksklusif untuk organisasi anda, jahit di kilang sendiri, dan hantar seluruh Malaysia — dari 30 helai hingga ribuan.
Dari Chendering, sejak 1980
Hijera mula melukis batik di Kuala Terengganu pada tahun 1980. Lebih empat dekad kemudian, pelukis batik kami masih memegang canting dengan teknik yang sama — kini untuk seragam syarikat, jabatan kerajaan, sekolah dan penganjur acara di seluruh negara.
Setiap tempahan melalui tangan pereka, pelukis batik dan tukang jahit kami sendiri, jadi corak, warna dan potongan boleh disesuaikan sepenuhnya dengan identiti organisasi anda.
Macam mana tempahan berjalan
- 1
Bincang keperluan
Kongsi kuantiti, bajet, tarikh dan warna korporat anda.
- 2
Reka & sampel
Pereka kami sediakan corak eksklusif dan sampel untuk disahkan.
- 3
Deposit & ukuran
Sahkan tempahan dengan deposit dan senarai saiz pasukan.
- 4
Produksi
Batik dilukis/dicetak dan dijahit di kilang kami di Chendering.
- 5
Hantar
Siap dibungkus mengikut nama/saiz dan dihantar ke seluruh Malaysia.
Tempahan yang dah siap
Lihat portfolio


Ada majlis atau tarikh seragam baru?
Beritahu kuantiti dan tarikh anda. Kami cadangkan corak, sediakan sampel dan beri harga.

